Home > Celoteh > Sya’ban Sudah masuk … Ramadan sebentar lagi … Sub-haanallooh

Sya’ban Sudah masuk … Ramadan sebentar lagi … Sub-haanallooh

ngat ya … shiyaam nisfu Sya’ban nya … (13, 14 dan 15 Sya’ban pas di tanggal … 14, 15 dan 16 Agustus 2008)

bulan Syaaban – bulan Rasulallah. Banyaklah berselawat, berdoa and beribadah. Tinggal 1 bulan lagi sebelum ramadan. Kepada yang patut dah bayar hutang ke?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang
amat luas -sejauh mata memandang. Di permukaan laut
tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar.
Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di
sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan
turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil
mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka
akan berguguranlah berjuta juta
titik air dari tubuh
malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus
kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil
mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan
tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat
yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan
dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada
bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat
tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan
orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang
mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong
bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Categories: Celoteh Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: